Jalan cerita Le_Comte_de_Monte-Cristo

Pada 1815, Edmond Dantès, seorang kelasi pulang ke Marseille untuk mengahwini tunangnya, Mercédès. Pada malam sebelum perkahwinan mereka berdua, Dantès dihantarkan suatu surat layang awanama (sebenarnya oleh seorang pegawai bawahan) yang menuduhnya sebagai seorang penyokong Napoleon Bonaparte - golongan tersebut pada ketika itu dilihat sebagai musuh negara Perancis. Dantès diperangkap dan ditahan, di mana hakim mahkamah kawasan itu, Villefort turut menghukumnya ke penjara tanpa perbicaraan setelah mendapati ada bahan bukti berkaitan hubungan Dantès dengan ayahnya yang boleh memusnahkan kerjaya Villefort.

Di penjara, Edmond bertemu seorang paderi bernama Abbé Faria. Faria mengajarnya banyak ilmu bahasa, budaya dan sains sepanajng mereka berkenalan; malah dia menceritakan adanya suatu harta karun dalam sebuah pulau iaitu Monte Cristo. Setelah Faria meninggal dunia, Dantès membawa dirinya dalam suatu guni mayat yang dbuang ke dalam laut, beliau meloloskan diri ke sebuah pulau berdekatan yang disinggahi sebuah kapal yang turut melepasi pulau Monte Cristo. Setelah Dantès mendapatkan semula harta ini, dia pulang ke Marseille secara tersembunyi. Dia kemudiannya membeli pulau Monte Cristo serta gelarann Comte dari kerajaan Toscana.